Friday, November 30, 2012

Engkau

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila sesuatu perkara itu berlaku, diri kita akan bertanya;
Apakah aku layak menghadapi ini semua?
Hakikatnya, sudah tertulis dalam AlQuran
bahawa Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya.

Terdetik hati manusia,
"aku diingatkan mengenai perkara ini berulang kali,
aku tidak perlukan kata semangat, aku perlukan tunjuk ajar untuk menghadapi perkara ini.
Itu semangat ku."
Lebih tepat lagi, ini detik hatiku.

Tatkala aku sendiri, menangisi kepayahan itu,
aku teringatkan dirinya yang mempunyai sedikit kekurangan dariku.
Ku cari kesalahan dalam setiap katanya yang benar belaka agar
aku tahu dia seperti ku.
Tapi tidak, dia jauh lebih tabah daripada aku
jauh lebih rasional daripada aku.
Aku yang sering kali terleka melayan emosi
Aku yang sering kali gagal menepis amarah
Aku yang sering kali tewas dalam tangisan.

Dalam dirinya, aku temui kekuatan untuk menepis cabaran
Dalam dirinya, aku temui keikhlasan untuk menjalankan tanggujawab
Dalam dirinya, aku temui diriku yang tidak terungkap olehku.
Terperangkap jauh dalam diri ini.

Untukmu, aku titipkan terima kasih atas,
Kepercayaanmu kepada aku,
Rasa hormatmu kepada aku,
Masamu untuk aku,
dan
mungkin secebis kasihmu kepada aku.

Coretan ini entah siapa yang membaca,
entah siapa yang terasa,
Tapi biarlah hanya aku yang mengetahui
Gerangan siapa aku tujukan coretan ini..

p/s : aku pon tak tahu aku tuju untuk sape.. feel free untuk terase..muahhaha

No comments:

Post a Comment