Sunday, March 8, 2015

Onna

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, aku disini ingin mencoret sesuatu dan semoga menjadi inspirasi untuk kamu yang membaca.

Wanita kini lebih gagah menongkah arus kemodenan, kita tidak lagi dihimpit sebarang kesulitan untuk mengejar impian masing-masing. Namun, kita tidak dapat lari daripada diskriminasi gender walaupun dunia sudah semakin berubah oleh itu, muncullah pelbagai gerakan bagi memberi kesamarataan antara lelaki dan perempuan.

Aku perempuan dan aku menyokong gerakan ini namun bukan secara radical menyamaratakan lelaki dan perempuan sehingga sanggup menggunakan alasan yang bagi diri ini agak keanak-anakan.

Aku sokong kesamarataan yang tidak lari daripada fitrah.

Lelaki sebagai pelindung wanita dan ia kekal begitu. Bukan sewenang-wenangnya mengeksploitasi wanita demi keuntungan. Aku timbulkan persoalan ini untuk kalian, gaun direka dengan rekaan yang mendedahkan pelbagai anggota tubuh wanita tetapi tidak kepada rekaan sut lelaki. Aku tidak menimbulkan soal aurat tetapi fikirkan, jika kita ingikan kesamarataan maka pakaian lelaki juga harus direka begitu bukan.

Fitrah perempuan yang sememangnya lembut tetapi mengapa ditegur dengan sebegitu kasar sekali. Menggunakan pendekatan yang memalukan dirinya serta membuatkan dirinya berasa rendah diri. Ya, lelaki tidak lari daripada sikap kasarnya, tetapi ini adakah ini membolehkan dirinya mengeluarkan kata-kata nista. Kata-kata nista itu digambarkan sebagai kekuatan persahabatan antara lelaki. Berbudi bahasa itu bukan kewajipan mutlak kaum hawa tetapi itu kewajipan kita semua.

Ilmu tidak perlu diklasifikasikan. Ilmu itu bebas sifatnya. Ilmu itu milik siapa yang mencarinya. Tiada istilah yang menggambarkan sesuatu ilmu itu layak dipelajari oleh golongan tertentu sahaja. Benar, kapasiti otak lelaki dan wanita itu berbeza tetapi perkara itu tidak menghalang sesipa sahaja baik lelaki mahupun perempuan untuk berjaya.

Ingatlah pada fitrah alam, yang cantik itu tersembunyi seperti permata dan mutiara
Menabur bakti itu luas seperti laut dan langit

Selamat Hari Wanita Antarabangsa!

No comments:

Post a Comment